Tuesday 19 September 2017

PAKAIAN YANG SESUAI UNTUK WANITA MUSLIMAH




Related imageRelated image


seluar yang still boleh jaga aurat awak semua ツ 



 Image result for blouse rayyan hayaRelated image



 #rayyanhayya

Related image

  1.  Jika kain tudung jarang, pakailah baju lengan panjang (turtle neck) yang menutupi leher.
  2. Pakaian yang menampakkan apa yang sepatutnya disembunyikan mencuri pandangan lelaki dan seterusnya menimbulkan nafsu mereka. Oleh itu, janganlah kita jadi punca kepada kelemahan iman kaum lelaki.
  3. Pastikan anda memakai anak tudung untuk mengelakkan anak rambut kelihatan. Ia juga memberikan gaya yang lebih kemas, rapi dan memudahkan pemakaian tudung. Iyer ndak?
  4. Jangan bergaya dengan tudung yang bercorak melampau dan tidak sesuai untuk sesetengah majlis. Pilih tudung yang sesuai untuk ke majlis yang berbeza. Begitu juga dengan gaya tudung. Boleh bergaya dengan ikatan yang menarik tetapi harus diingat, mestilah tetap menutup rambut, sanggul, leher dan dada. Bertudung bukan untuk
  5. Warna tudung yang terang adalah tidak sesuai walaupun ia boleh menarik perhatian. Tapi bukankah kita wanita Islam tidak boleh menarik perhatian terutamanya perhatian lelaki. Pilihlah warna pastel atau warna lembut.
  6. kelihatan cantik dan elegan tetapi untuk memenuhi tuntutan agama iaitu tutup aurat. Itu yang utama.
  7. Tudung dan keronsang memang sudah tidak boleh dipisahkan kecuali kalau anda memakai tudung yang sudah siap dijahit. Bagi yang berkerongsang, pilih keronsang yang sesuai. Kerongsang yang sesuai adalah keronsang kecil dan simple. Tidak bermakna warna kerongsang mesti sama dengan warna tudung. Tak sesuai tudung merah dengan kerongsang merah dan tak sesuai tudung hitam dengan keronsang hitam.
  8. Ingatan untuk wanita yang berbadan besar, tidak digalakkan memakai kerongsang besar. Sesuai dengan kerongsang kecil tapi kalau nak juga pakai yang bersaiz besar, pilih kerongsang yang bentuk memanjang ye.
  9. Kalau baju kosong, sesuai pakai tudung bercorak. Kalau baju bercorak atau berbunga, sesuai pakai tudung kosong.
  10. Baju dan tudung tidak boleh sedondon. Pakailah yang kontra

TIPS TUTUP AURAT


 TIPS MENUTUP AURAT

1. TAHU
Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.
2. SEDAR
Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.
3. SYIAR
Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.
4. FUNGSI CERMIN
Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”
5. ASINGKAN
Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.
6. MALU
Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
7. SAHABAT
Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.
8. EKSKLUSIF
Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.
9. BANYAK MANFAAT
Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.

  #bukan suruh jadi niqabis baru nak tutup aurat dengan sempurna tapi biarlah lahir niat di hati nak jadi macam mereka dalam berpakaian.TAPI tugas kita untuk menentukan sama ada dia baik atau buruk untuk dicontohi.Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ni tau .setiap masa kita kena belajar dan perbaiki diriツ


                                             KETERAMPILAN ANDA,PILIHAN ANDA !
Image result for tips menutup aurat

Monday 18 September 2017

PERINTAH DALAM MENUTUP AURAT



Image result for bidadari walid doodle
    
                                              


 يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ قُل لِّأَزۡوَٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡهِنَّ مِن جَلَٰبِيبِهِنَّۚ ذَٰلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورٗا رَّحِيمٗا ٥٩
Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita (keluarga) orang-orang mukmin, agar mereka mengulurkan atas diri mereka (ke seluruh tubuh mereka) jilbab mereka. Hal itu menjadikan mereka lebih mudah dikenal (sebagai para wanita muslimah yang terhormat dan merdeka) sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah senantiasa Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (QS. al-Ahzab ayat: 59)


  
 TREND VS AURAT
   Pada hari ini, masyarakat kita semakin terdedah dengan kepelbagian pemikiran, budaya dan ekspresi diri termasuk dalam fesyen. Pelbagai idea datang bagi mengembangkan cara berpakaian dan industri fesyen wanita muslimah turut menerima tempiasnya. Industri fesyen muslimah semasa semakin berkembang sehingga mempengaruhi penampilan menerusi pemakaian hijab mahupun pakaian itu sendiri. Hana Tajima, Dian Pelangi, dan Dino Tokio, merupakan antara nama besar dalam dunia fesyen muslimah di peringkat antarabangsa. Malah tidak dinafikan ada sesetengahnya menjadi trendsetter atau pencetus fesyen muslimah hari ini terutama dari aspek pengayaan hijab yang menjadi ikutan di seluruh dunia. Sungguhpun begitu, menutup aurat bukan sekadar berhijab atau bertudung, malah merangkumi seluruh anggota tubuh badan dari rambut hinggalah ke hujung kaki. Perkara ini haruslah dimbil kira secara keseluruhan kerana menutup aurat itu sebahagian daripada syariat Islam.

   Namun kini, dengan perkembangan fesyen yang begitu dinamik, hijrah boleh berlaku dalam bentuk yang lebih mudah. Sekadar mengenakan tudung di atas kepala tanpa menjaga etika pemakaian cara Islam yang betul sudah dianggap memadai.  Tempiasnya kepada aliran fesyen busana muslimah juga bukan sedikit, malah sekarang ini kita dapat lihat di mana-mana sahaja kaum muslimah kita berbusana dengan gaya moden. Dengan menutup kepala, berbaju ketat dan berseluar ketat (legging) juga dianggap sebagai busana muslimah. Malah pelbagai fesyen busana muslimah yang tampak ranggi, berwarna-warni, up-to-date dan glamor juga mudah kita dapati di mana-mana.  Ia seolah-olah tidak menjadi satu revolusi ke atas diri, namun sekadar mengenakan tudung atau meletakkan sesuatu di atas kepala yang dianggap sebagai simbol perubahan diri.  Malah perkembangan fesyen ini sehingga sampai kepada berjaya menganjurkan pertunjukan fesyen di peringkat nasional dan antarabangsa. Apa pun perkembangan fesyen muslimah menjadi pilihan terbaik bagi wanita Islam yang ingin menutup aurat mereka dengan gaya yang moden dan menawan.

   Setiap rekaan akan dilonggarkan di sesetengah bahagian seperti ketiak, punggung, dada, pinggang dan melabuhkan sedikit di bahagian lengan, tetapi dalam masa yang mempunyai flow supaya mereka yang menutup aurat ni masih dapat berfesyen.  Secara umumnya, pembabitan pereka fesyen busana muslimah dalam menyediakan pakaian adalah termasuk dalam fardu kifayah dan adalah lebih baik sekiranya mereka berusaha mengelakkan diri daripada menyediakan pakaian dan fesyen yang mendedahkan aurat.

  Tidak salah jika kita ingin mengikut trend samasa, tetapi haruslah patuh syariat. Bagi saya, tuntutan berfesyen terpulang kepada si pemakai, kerana mereka lebih tahu sama ada pakaian itu sekadar berfesyen atau sebaliknya,"

Tuesday 12 September 2017

Hoodie pilihan !! :)