Tuesday 19 September 2017


Related image

  1.  Jika kain tudung jarang, pakailah baju lengan panjang (turtle neck) yang menutupi leher.
  2. Pakaian yang menampakkan apa yang sepatutnya disembunyikan mencuri pandangan lelaki dan seterusnya menimbulkan nafsu mereka. Oleh itu, janganlah kita jadi punca kepada kelemahan iman kaum lelaki.
  3. Pastikan anda memakai anak tudung untuk mengelakkan anak rambut kelihatan. Ia juga memberikan gaya yang lebih kemas, rapi dan memudahkan pemakaian tudung. Iyer ndak?
  4. Jangan bergaya dengan tudung yang bercorak melampau dan tidak sesuai untuk sesetengah majlis. Pilih tudung yang sesuai untuk ke majlis yang berbeza. Begitu juga dengan gaya tudung. Boleh bergaya dengan ikatan yang menarik tetapi harus diingat, mestilah tetap menutup rambut, sanggul, leher dan dada. Bertudung bukan untuk
  5. Warna tudung yang terang adalah tidak sesuai walaupun ia boleh menarik perhatian. Tapi bukankah kita wanita Islam tidak boleh menarik perhatian terutamanya perhatian lelaki. Pilihlah warna pastel atau warna lembut.
  6. kelihatan cantik dan elegan tetapi untuk memenuhi tuntutan agama iaitu tutup aurat. Itu yang utama.
  7. Tudung dan keronsang memang sudah tidak boleh dipisahkan kecuali kalau anda memakai tudung yang sudah siap dijahit. Bagi yang berkerongsang, pilih keronsang yang sesuai. Kerongsang yang sesuai adalah keronsang kecil dan simple. Tidak bermakna warna kerongsang mesti sama dengan warna tudung. Tak sesuai tudung merah dengan kerongsang merah dan tak sesuai tudung hitam dengan keronsang hitam.
  8. Ingatan untuk wanita yang berbadan besar, tidak digalakkan memakai kerongsang besar. Sesuai dengan kerongsang kecil tapi kalau nak juga pakai yang bersaiz besar, pilih kerongsang yang bentuk memanjang ye.
  9. Kalau baju kosong, sesuai pakai tudung bercorak. Kalau baju bercorak atau berbunga, sesuai pakai tudung kosong.
  10. Baju dan tudung tidak boleh sedondon. Pakailah yang kontra

No comments:

Post a Comment

Hoodie pilihan !! :)